Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Friday, January 6, 2012

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin Lelaki




Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau untuk jangka masa panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.


- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar mudah terasa ngilu bila berjima’. Batang zakar haruslah sentiasa panas kerana aliran darah yang lancar.


- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi sekurang-kurang selepas 30 minit, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.


- Jangan amal makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.


- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 15-30 minit lepas suapan terakhir.


- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas dan teguk. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah dan tidak cukup nafas ketika jima’.


- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan kemudian baharulah minum air.


- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan terlebih dahulu.


- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.


- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.


- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, jika boleh pancutkan air kencing di atas tempat yang keras. Dan carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.


- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.


- Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.


- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.


- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk akan membantutkan aliran darah dan melemahkan zakar.


- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
- Jangan jima’ ketika berada di dalam air.
- Jangan terus minum air selepas jima’, rehat terlebih dahulu 15 minit.
- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. Dan duduk di dalam posisi yang tegak dan betul terutamanya ketika memandu jauh.
- Jangan biarkan zakar terendam di dalam faraj begitu lama selepas klimaks.

No comments:

Post a Comment