Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Kitab Aqidatu Najain Online


 Kitab Aqidatu Najain 

Iktikad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bidaah.
Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fatani

Dengan nama Tuhan yang amat pemurah di dalam negeri dunia ini lagi lagi amat mengasihani akan hambanya yang mukmin di dalam negeri akhirat. Segala puji bagi Allah yang tunggal Ia dengan mentiadakan mumkin dan dengan mengadakan dia (mumkin) lagi yang Maha Suci Ia daripada segala bercampur (berhimpun) kekurangan dan segala lawan (sifat yang mustahil) yakni tiada datang segala lawan sifat kamalatNya. Dan naik saksi aku bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah pada hal Esa Ia (Allah) tiada yang sekutu bagiNya lagi yang Qadim lagi bersalahan bagi yang segala yang lainnya daripada segala ka’inat (benda yang ada) lagi yang kekal Ia (Allah) dan fana (binasa) tiap-tiap barang yang lain daripadaNya daripada sekalian makhluk. Dan naik saksi aku bahawasanya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya yang benar Ia (Muhammad) lagi yang kepercayaan lagi yang menyampaikan tiap-tiap barang yang disuruh akan dia dengan menyampaikan akan dia daripada Tuhan yang memiliki sekelian alam. Dan aku mengucap selawat dan aku mengucap salam atas yang terlebih mulia daripada segala Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad saw yang mensyafaat Ia (Nabi) bagi segala orang yang berdosa pada hari kiamat. Kemudian daripada itu (Bismillah) maka lagi akan berkata oleh hamba yang fakir (yang berkehendak kepada Allah) iaitu Zainal Abidin Bin Muhammad Al-Fatani telah meminta akan daku oleh setengah saudaraku. Telah membaiki oleh Allah Taala bagiku dan bagi mereka itu (saudara) hal kelakuan akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu (saudara) akan suatu kitab pada menyatakan ilmu usulluddin pada hal aku terjemahkan daripada mukaddimah Syeikh Sanusi (kitab Ummul Barahin) serta aku tambahkan atasnya (mukaddimah) daripada beberapa kalam syarahnya (mukaddimah) dan hasyiahnya (syarah) supaya nyata maksud daripada kalam syeikh itu dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu (terjemah) sekalipun tetap iktikad (berpegang) aku kepada taufik Tuhanku bagi jalan yang betul. Ertinya dan tiada beroleh taufik aku melainkan dengan Allah yang Ali lagi Azim mudah-mudahan dibukakan oleh Allah Taala akan dadaku bagi demikian itu kerana bahawasa mukaddimah Syeikh Sanusi itu dan jika adalah kecil jirimnya sekalipun sangat besar ilmunya lagi mengandung atas sekalian aqa’id (simpulan iman) serta dilebih beberapa fu’ad (faedah) dan kerana (mengandung) demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala yang ditaklif pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa (perkataan yang tidak berfaedah) dan ta’kid (pegangan) istimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wali Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf Al-Sanusi (keturunan Nabi) Al-Hasani nama bangsanya yang dinamakan dia Ummul Barahin ertinya ibu segala dalil yang mengandung ia atas sekalian aka’id (pegangan) telah redha Allah akan muallifnya (orang yang mengarang (musnad adalah orang yang menyusun) dan dijadikan akan syurga itu akan tempat ketetapannya Amin. Dan aku namakan terjemah ku ini dengan, ertinya iktikad segala orang yang (dapat) kelepasan dari sesat dan bidaah pada menyatakan ilmu usulluddin maka sekarang aku masuk pada yang dimaksud. Maka aku kata dan dengan Allah jua beroleh taufik kata (Syeikh Sanusi: Bismillahirahmanirahim)) memulai ia (Syeikh Sanusi) akan mukaddimahnya (Ummul Barahin) dengan Bismillahirrahmanirahim kerana mengikut ia (Syeikh Sanusi) dengan Al-Quran yang amat mulia dan kerana mengamalkan dengan hadis Nabi Muhammad saw ertinya tiap-tiap pekerjaan yang mempunyai cita-cita (baik) yang tiada dimulai di dalamnya (pekerjaan) itu dengan Bismillahirahmanirahim maka iaitu abtaru ertinya terpotong pihak ekornya (terputus dan tidak berkat) dan pada suatu riwayat aqta’ (pecah kulit) dan pada suatu riwayat ajzam dan makna atas tiap-tiap tiga riwayat itu bahawasanya kurang berkat maka iaitu (pekerjaan) dan jika tamam ia pada hisi (pekerjaan zahir) sekalipun yakni pada zahir tiada tamam ia pada makna (batin). Bahawa makna Allah itu nama bagi zat Tuhan kita yang wajibal wujud (Ada) khas Ia (Allah) pada lafaznya dan khas Ia pada maknanya (pada hakikat dan pada batin) maka erti khas pada lafaz itu tertentulah lafaz Allah itu nama bagi Tuhan kita dan tiada harus (haram) dinamakan dengan dia (Allah) akan yang lain daripada zat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti Abdullah dan erti khas pada makna itu iaitu maknanya ma’bud bihakki ertinya yang disembah dengan sebenar-benarnya maka tertentu makna yang demikian itu bagi Allah tiada dapat bagi yang lainnya dan lafaz Allah itu Ismul Azim (nama yang paling besar) di sisi jumhur ulama’ dan telah memilih oleh Nawawi (Imam) akan bahawa Ismul Azim itu lafaz Al-Hayyul Qayyum (yang hidup).

(Bermula) Rahman itu (nama yang paling luas sekali) nama bagi sifat khas pada lafaznya (Rahman hanya kepada Allah sahaja) dan am pada maknanya (Rahman) sebab dikatakan khas pada lafaznya kerana lafaz Rahman itu tertentu disifatkan dengan dia (Rahman) bagi Allah jua dan tiada harus (haram) dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman dan sebab dikatakan am pada maknanya (Rahman) kerana makna Rahman itu pemurah maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluk berakal atau tiada aslam (tiada berakal) atau kafir (tiada terkecuali). Dan Rahim itu nama bagi sifat pula am pada lafaznya (disandarkan pada Abdur Rahim) ertinya harus dinamakan dengan dia akan yang lainnya daripada Allah dan khas pada maknanya kerana tertentu mengasihani itu bagi kaum yang mukminin jua pada hari kiamah. (Kemudian memulai) pada oleh musnaf dengan mula yang kedua kerana memberi tahu Ia (musnaf) akan bahawasanya permulaan itu dua bahagian. (Bahagian yang pertama) dinamai akan dia permulaan hakiki iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud (Bismillah) dan tiada mendahulu akan dia oleh sesuatu seperti (Bismillah). (Dan yang kedua) (Idafi) dinamai akan dia permulaan Idafi iaitu permulaan yang terdahulu (bahasan ulama’ usulluddin) pada hadapan maksud (idafi) dan jikalau mendahului akan dia oleh sesuatu sekalipun seperti Alhamdulillah maka iaitu sudah didahulukan (disandarkan) dengan Bismillah maka berkata ia.

(Alhamdulillah) ertinya bermula segala segala puji itu bagi Allah, bermula puji itu terbahagi atas empat pertama puji qadim bagi qadim dan iaitu puji Allah akan diriNya pada azali dan kedua puji qadim hadas dan iaitu memuji Allah Taala bagi ambiya’Nya dan aulia’Nya seperti firmanNya ertinya sebaik-baik hambaKu itu yang banyal taubat dan ketiga puji hadas bagi hadas dan iaitu memuji hamba setengah akan setengah mereka itu seperti dikatanya sebaik-baik manusia itu si anu dan keempat puji hadas bagi qadim dan iaitu memuji hamba akan Tuhannya seperti dikatanya, maka keempat-empatnya itu kembali kepada Allah Taala jua. Bermula makna puji pada lughah itu iaitu memuji dengan keelokkan atas sifat yang elok ikhtiari atas pihak (jalan) membesarkan dia puji pada istilah itu perbuatan yang memberi tahu (perbuatan) membesarkan akan yang memberi (Allah) nikmat dengan sebab keadaanNya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah atau iktikad dengan hati atau amal dengan segala anggota (Bermula) rukun puji itu lima perkara (pertama) hamid yakni orang yang memuji di sini Syeikh Sanusi (hanya kita bersyukur dapat melihat) (kedua) mahmud iaitu yang kena puji iaitu Allah Taala (ketiga) mahmudubih iaitu sifat yang kepujian yang sabit ia (sifat) bagi Allah (keempat ) mahmudu alaih (isim maf’ul) iaitu nikmat yang dipuji atasnya (kelima) lafaz seperti katanya Alhamdulillah atau si anu pemurah (kemudian) diiringi oleh musnaf itu dengan selawat dan salam atas nabi Muhammad dengan katanya selawat dan salam. Bermula rahmat Allah dan salamNya itu atas Rasulullah yakni Nabi Muhammad saw sungguhnya mnedatang ia (musnaf) dengan selawat atas Nabi saw kerana warid (datang) dari hadis ertinya barangsiapa selawat ia (hamba) atas ku di dalam kitab nescaya sentiasa malaikat meminta ampun ia (malaikat) baginya (hamba) selama ada nama aku itu di dalam demikian kitab itu dan dihimpunkan salam dengan selawat itu kerana hendak melepaskan daripada makruh meninggalkan salah suatu daripada keduanya (salam dan selawat) selama tiada tempat yang datang warid menunggal akan dia, adapun jikalau datang warif dengan menunggalkan dia maka tiada makruh menunggalkan akan dia (salam dan selawat) (Dan ketahui olehmu) bahawasa makna selawat pada lughah itu doa dan kata setengah (ulama’) maknanya dengan nisbah bagi Allah rahmat ertinya selawat itu jika datang daripada Allah dinamakan rahmatertinya telah menurun oleh Allah akan kebajikan atas RasulNya dan jikalau datang daripada malaikat dinamakan dia istighfar dan jikalau datang daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu dan batu dinamakan dia doa ertinya memohon oleh mereka itu (makhluk) akan Allah menambahkan rahmat atas Rasul.

(Faedah) Bermula kaul yang sahih bahawasa Nabi Muhammad saw beroleh manfaat ia (Rasul) dengan selawat umat atasnya (Rasul) seperti ambiya’ yang lain jua dan kata kil (dhaif) bermula manfaat itu kembali atas orang yang menselawat jua tiada atas Nabi saw kerana Nabi itu telah sempurna atasnya kamal dan ditolak akan kata kil ini dengan bahawasa Nabi saw sentiasa ternaik ia (Nabi) pada kamalat selama-lama kerana tiada daripada kamal melainkan di sisi Allah terlebih akmal (sempurna) daripadanya (Nabi) seperti barang yang diisyaratkan bagi demikian itu (tanda akmal) dengan firman Allah Taala ertinya dan hari yang kemudian itu terlebih baik bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu yakni zaman yang kemudian itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu (tetap) sungguh pun memberi bekas manfaat selawat umat itu akan Nabi tiada sayugianya kita sarihkan (terangkan) dengan demikian itu melainkan pada tempat belajar dan mengajar (Dan adapun) Salam itu maka maknanya aman bermula muradnya itu aman Nabi saw daripada barang yang ketakutan ia (Nabi) atas umatnya (Nabi) kerana bahawasa Nabi saw itu maksum maka betapa takut ia (Nabi) atas dirinya (Nabi) bahkan takut ia (Nabi) atasnya (diri) kerana hebat dan kerana membesarkan Allah kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan dapangnya daripada Allah nescaya bersangatan takutnya kepada Allah kerana inilah bersabda Nabi saw bahawasa aku terlebih takut daripada sekelian kamu daripada Allah dan kata kil bermula muradnya itu aman Nabi saw daripada barang yang takut ia (Nabi) atas dirinya (Nabi) pada ketika bersangatan kepecatan (kesusahan) pada padang mahsyar kerana bahawasanya (Nabi) lupa ia (Nabi) akan asmahnya (pemeliharaan) seperti sekelian ambiya’ alaihim selawati wassalam dan telah mentafsir oleh setengah ulama’ akan salam dengan tahyah (memulia) dan bermula murad dengan tahyah (memulia) pada hak Allah Taala serta Rasulnya itu bahawa mekhatab (mengadap) ia (Allah) akan dia (Rasul) dengan kalamnya yang qadim yang menunjukkan atas terangkat makamnya (Nabi) yang amat besar (Dan ketahui olehmu) bahawasa Rasul itu maknanya pada lughah yang dibangkitkan daripada satu tempat kepada tempat yang lain dan pada istilah manusia yang diwahikan (diwahyukan) kepadanya (manusia) dengan syara’ yang beramal ia (manusia) dengan dia (syara’) dan disuruh akan dia (Rasul) dengan menyampaikan dia (syara’) dan adapun Nabi itu pad lughah yang mengkhabarkan atau yang dikhabarkan akan dia (Nabi) dan maknanya (Nabi) pada islah manusia yang diwahikan (diwahyukan) kepadanya (Nabi) dengan syara’ yang beramal ia (Nabi) dengan dia (syara’) dan jikalau tiada disuruh akan dia (Nabi) dengan menyampaikan sekalipun maka tiap-tiap Rasul itu Nabi dan tiada tiap-tiap Nabi itu Rasul maka antara keduanya itu umum dan khusus mutlak bermula murad dengan Rasul pada kalam musnaf itu Nabi kita Muhammad saw.

(Faedah) Bermula mengucap (Bismillah) dan Alhamdulillah dan Selawat dan Salam atas penghulu kita demikian lagi mengucap dua kalimah syahadah dan doa bagi dua ibu bapa maka sekelian ini sunat jua pada mazhab imam kita Syafie melainkan mengucap Bismillah dan Selawat dan dua kalimah syahadah pada tiap-tiap sembahyang maka iaitu wajib bersalahan pada mazhab imam Maliki maka mengucap yang demikian itu wajib pada seumur hidup sekali dengan syarat ia niatkan yang wajib atasnya (tanbih) Bermula hukum mengucap Bismillah itu empat wajah ada kalanya wajib dan ada kalanya sunat dan ada kalanya haram dan ada kalanya makruh maka yang wajib itu Bismillah pada membaca Fatihah dalam solat dan yang sunat itu segala pekerjaan yang dicita-cita pada syara’ pada hal bukan zikir semata-mata dan tiada syra’ tuntut suruh memulai dengan yang lainnya maka sunat dimulai dengan Bismillah dan yang haram itu segala pekerjaan yang haram zatti yakni bukan haramnya itu aradi maka haram kita mulai dengan Bismillah seperti berzina ini jikalau tiada kasad menghinakan nama Allah dan jika ia kasad yang demikian itu nescaya jadi kufur ia dan yang makruh mengucap Bismillah itu pada segala pekerjaan yang makruh yang zatti seperti melihat faraj isteri maka makruh mengucap Bismillah memulai melihat faraj dia dan keluar dengan haram zatti itu haram aradi seperti mengambil wudhu’ yang dirampas demikian lagi keluar dengan kata makruh zatti itu makruh aradi seperti makan bawang mentah maka tiap-tiap daripada keduanya itu sunat dimulai dengan Bismillah katanya: Ketahui olehmu bahawasa hukum yang bangsa akal itu tersimpan ia (hukum akal) pada tiga bahagi hanya sesungguhnya mendatang oleh musnaf dengan ini kerana bertambatan maksud dengan dia (jumlah ini) dan kerana intifak dengan dia pada maksud maka jumlah ini mukadimah kitab bukan mukadimah ilmu adapun mukadimah ilmu itu iaitu mubadi yang sepuluh perkara yang lagi akan datang sebutnya maka tak dapat tiada daripada orang yang hendak masuk belajar suatu ilmu atas wajah (jalan) yang akmal itu hendaklah ia mengetahui mubadi yang sepuluh ini iaitu yang dinazam oleh setengah mereka itu dengan katanya:

Bahawasa permulaan menuntut ilmu (Mubadi) tiap-tiap ilmu itu sepuluh perkara pertama had ilmu dan kedua tempat hantaran dan ketiga faedahnya dan keempat kelebihannya dan kelima nisbahnya (bangsa) dan keenam orang yang menghantar akan dia dan ketujuh namanya dn kedelapan tempat ambilnya dan kesembilan hukum syara’ dan kesepuluh masaalah dan setengah mereka itu memadai ia dengan setengahnya dan barangsiapa mengetahui ia akan sekelian yang sepuluh itu nescaya menghabisi ia akan kemuliaannya (Maka bermula) hadnya yakni takrif ilmu tauhid itu iaitu ilmu yang dibahas padanya daripada isbatkan akaid yang dibangsakan kepada agama yang diambil daripada dalilnya yang diyakinkan dan kata kil mengisbatkan zat itu tiada menyerupai bagi segala zat yang baharu dan taiad hampa daripada segala sifat (dan) tempat hantarnya itu zat Allah Taala dan zat segala Rasulnya daripada sekira-kira barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus dan dihantarkan atas mumkin daripada sekira-kira bahawasanya hendak mengambil dalil dengan dia atas wujud saana’i yakni Tuhan berbuat dia dan dihantarkan dia atas sam’iyat ertinya segala perkara yang didengar daripada Nabi daripada sekira-kira iktikadnya (dan faedahnya) itu mengenal segala sifat Allah dan sifat segala Rasulnya denga segala burhan yang kat’iyah dan beroleh kemenangan dengan sa’adah yang berkekalan (dan) kelebihannya itu bahawasanya terlebih mulia daripada segala ilmu kerana keadaannya bergantung ia dengan zat Allah dan zat segala Rasulnya dan barang yang mengikut ia akan yang demikian itu dan yang bergantung (bersangkutan) itu mulia ia dengan sebab mulia tempat yang digantungnya (dan nisbahnya) itu bahawasanya (ilmu tauhid) usul segala ilmu dan barang yang lainnya itu furu’ (cabang atau cawangan) daripadanya (ilmu Tauhid) (dan) orang yang menghantarkan dia (ilmu Tauhid) itu Abu Hasaan Al-Asy’ari (mazhab Imam Syafie) dan segala mereka yang mengikut oleh mereka itu akan dia (Abu Hassan) dan Abu Mansur Maturidi (mazhab Imam Hanafi) dan yang mengikut akan dia (dan namanya) ilmu Tauhid dan ilmu Kalam dan telah menyebut oleh setengah mereka itu bahawa bagi ilmu ini delapan namanya (dan tempat) keluarnya daripada kitabullah dan hadis dan dalil akal (dan hukum syara’) padanya (ilmu Tauhid) wajib fardhu ain (Abu Hassan) atas tiap-tiap mukallaf (orang yang berakal) daripada laki-laki dan perempuan (dan) segala masalahnya (ilmu Tauhid) itu hukumnya yang dibahas padanya daripada yang wajibat dan yang ja’izat (harus) dan mustahilat dan tiada tersembunyi bahawasanya kata musnaf.

(Ilmu) itu diudu’kan (dihantarkan) bagi bahawa diisti’malkan ( digunakan) pada khathab (yang wajib) bagi mea’in (menga’inkan) tetapi diisti’malkan akan dia oleh musnaf pada khathab akan tiap-tiap orang yang menilik (memandang) pada mukadimah ini daripada orang yang mumkin (mumkin dengan ilmu) daripadanya mendapat akan ilmu ( Bermula) makna pengetahuan itu iaitu mendapat akan sesuatu (barang) yang berbetulan dengan hakikatnya (barang) bermula kaul yang sebenar bahawasa ilmu dan makrifah itu bersamaan keduanya melainkan bahawasanya dii’tlakkan (digunakan) atas Allah Taala itu Alimun tiada harus dii’tlakkan atasnya (Allah) arif kerana bahawa makrifah itu menyeru ia (arif) mendahulukan jahil bersalahan ilmu (Dan) keluar dengan kata pengetahuan itu empat perkara pertama jahil iaitu terbahagi ia atas dua bahagi pertama jahil basit namanya iaitu tiada mengetahui sekali-kali seperti dikata orang baginya apa kata engkau alam ini qadimkah atau baharu maka jawab ia tiada aku ketahui sekali-kali (kedua) jahil murakab namanya iaitu mendapat atas bersalahan sifatnya pada waki’ dan dinamakan akan dia dengan demikian itu kerana bersusunnya daripada dua jahil pertama jahil empunyanya dengan barang yang pada waki’ kedua jahilnya dengan bahawasanya dirinya jahil kerana sangkanya bahawasanya ia yang mengetahui seperti iktikad falasafah (orang kafir) alam ini qadim (dan) yang kedua daripada perkara yang keluar daripada pengetahuan itu syak (pada akal) iaitu mendapatkan tiap-tiap daripada dua ternafi itu atas bersamaan (50/50) (dan) yang ketiga zhan iaitu berat pada hatinya itu mengetahui (tahu 80/20) dan ringan pada hatinya tiada mengetahui (dan) yang keempat waham iaitu ringan pada hatinya pada mengetahui dan berat pada hatinya pada tiada mengetahui (20/80 tahu) maka orang yang bersifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini tiada bagi mereka itu iman ertinya jikalau adalah ia iktikad akan Allah dan akan Rasulnya dengan jahil atau dengan syak atau dengan zhan atau dengan waham maka orang itu kafir (adapun) orang taklid yakni iktikad kepada Allah dan Rasul itu semata-mata ikut perkataan orang jua maka ikut itu tiada dalil padanya pada hal jazam ia akan taklidnya itu maka bersalahan ulama’ pada sah imannya maka kata setengah kafir ia iaitu dhaif dan kata setengah setengah mukmin iaitu yang muktamad (berdosa) (dan) adakah berdosa ia atau tiada maka iaitu baginya tafsili lagi akan datang sebutnya InsyaAllahi Taala (Ketahui) olehmu bahawa sebab mendatang dapat ilmu (dengan sabar) yang baharu itu tiga perkara pertama khabar yang sadik (ilmu Allah qadim) iaitu khabar Allah Taala dan khabar Rasul dan khabar mutawatir (berturut) sekira-kira sampai bilang-bilangan yang banyak yang tiada tasawur pada akal muafakat oleh mereka itu atas dusta (sepakat) (dan) kedua akal iaitu akal ghariziyah (akal yang semula jadi) (dan) ketiga segala pancaindera yang lima yang sejahtera (sihat) iaitu penglihat (mata) dan pendengar dan pencium dan pengrasa dan penjabat (semua anggota tubuh) maka penglihat itu kuat yang dihantar pada mata maka mendapat dengan dia (kuat) daripada segala rupa dan warna dan lainnya daripada segala perkara yang dapat dilihat dengan syarat wasithah cahaya dan pendengar itu kuat yang dihantar pada telinga yang mendapat dengan dia segala suara dan pencium itu kuat yang dihantar pada hidung yang medapat dengan dia (hidung) daripada segala yang berbau dan pengrasa itu kuat yang dihantar pada lidah yang mendapat dengan dia daripada segala perkara yang mempunyai rasa seperti manis atau masam atau lainnya dan penjabat itu kuat yang dihantar pada bertaburan pada segala tubuh yang mendapat dengan dia hangat dan sejuk dan licin dan kesat dan umpamanya tetapi telah maklumlah ilmu yang boleh mengenal akan Allah Taala dan Rasul Allah itu tiada ia (ilmu) dengan pancaindera yang lima itu maka yang mendapat itu ada kalanya dengan syara’ (Al-Quran dan Al-Hadis) atau dengan akal yang sahih (Bermula) ilmu yang hasil dengan salah suatu daripada tiga perkara itu ada kalanya tasawur (berupa) dan ada kalanya tasdik maka erti tasawur itu mendapat akan suatu serta tiada dapat memutuskan hukum pengenalan itu dengan nafi dan isbat seperti kita tasawurkan makna alam itu tiap-tiap yang maujud yang lain daripada Allah dan erti tasdik itu mengetahui akan sesuatu serta boleh memutuskan hukum pengenalan itu dengan nafi dan isbat seperti kita ketahui qadim bagi Allah maka kita hukum sabit qadim baginya (Allah) dan nafi daripadanya bahar.

(Syahdan) Bermula hukum pada belajar ilmu usuluddin dan mengajar akan dia (usuluddin) itu wajib pada hukum syara’ ertinya dituntut akan dia akan sebagai tuntut yang lazim tiada dimudahkan pada menanggalkan akan dia kemudian maka dibahagi akan wajib pada syara’ atas dua bahagi pertama wajib yang fardhu ain pada belajar (Bermula) kadar yang wajib fardhu ain mengetahui dia itu iaitu barang yang mengeluarkan mukallaf (sampai umur akil baligh) daripada taklid kepada tahkik (yakin) dan iaitu mengetahui yang wajib bagi Allah dua puluh dengan tafsil (satu persatu) dan yang mustahil atasnya (Allah) dua puluh dengan tafsil satu-satunya dengan dalil dan jikalau dengan dalil ijmal sekalipun seperti isbat aka’id yang dua puluh itu dengan dalil baharu alam ini serta lemah ia (mukallaf) daripada menetapkan dalil itu daripada pihak baharukah atau daripada pihak amkankah (wujud) atau pihak keduanya dan lemah pula hendak menolakkan syubhah (kesamaran) yang datang ia hendak membinasakan dalil yang ia (mukallaf) mengambil dalil itu (maka dalil) jamali itu yang dapat kebiasakan manusia menetapkan akan dia (jamali) seperti gembala kambing dan gembala unta dan orang dusun adalah mereka itu apabila melihat suatu yang ajaib berkata mereka itu SubhanAllah siapa yang menjadikan ini yakni tiada yang menjadikan akan dia melainkan Allah maka mengambil dalil atas yang mengadakan alam ini Allah Taala seperti ditanya seorang dengan apa kamu kenal Tuhan kamu katanya dengan tiada dapat maksud kami akan barang yang kami kehendak dan lagi seperti hikayat kata Asmu’i keluar aku pada satu hari daripada masjid jamek yakni masjid tempat orang berhimpun sembahyang jumaat pada negeri Basrah iaitu satu kariah hampir negeri Baghdad maka ada aku berjalan pada tengah jalan berjumpa dengan seorang arabi yakni badwi yang mendiami dusun menunggang ia di atas unta baginya mensangkut ia akan pedang pada bahunya dan pada tangannya anak panah maka memberi salam ia akan daku serta berkata ia akan daku siapa kamu maka berkata aku daripada anak cucu Asmu’i maka berkata ia dari mana kamu maka kataku datang dari pada tempat membaca kalam Ar-Rahman maka berkata ia adakah bagi Rahman itu kalam yang dapat dibaca orang akan dia maka jawabku bahkan maka katanya bacakan olehmu atasku suatu daripadanya maka kataku turun olehmu daripada unta kamu dan hendaklah membaikkan adab maka lalu turun ia daripada untanya dan duduk ia maka aku bacakan suratul zaariyaat hingga sampai kepada firman Allah Taala ertinya dan di dalam bumi itu beberapa tanda Allah yang menunjukkan wujud Allah yang memberi yakin bagi orang yang mentauhidkan akan dia (Allah) dan pada diri kamu itu pun ada dalil yang menunjukkan ada Tuhan yang memerintahkan kamu maka adakah tiada kamu lihat akan dia (dalil) yakni hendaklah kamu ketahui akan dia (dalil) maka kata arabi telah benar Rahman itu berfirman ia maka tahi unta itu menunjukkan ada unta dan bekas telapak kaki itu menunjukkan ada orang yang berjalan maka langit itu ada ibruj (tapak) tempat berjalan bulan dan bintang dan matahari dan bumi mempunyai jalan dan laut mempunyai ombak tiadakah menunjukkan atas Tuhan yang Latif hingga akhir hikayat dan tiadalah berhajat hamba sebutkan hingga tamam hikayat itu kerana maksudnya hendak menyatakan dalil ijmal itu banyak orang yang mendapatkan dia hingga segala awamul muslimin pun dapat.

(Maka hasilnya) bahawasanya fardhu ain atas tiap-tiap seorang yang mukallaf itu mengetahui dalil yang ijmal maka lepaslah ia (mukallaf) daripada taklid dan masuklah ia kepada tahkik maka dalil ijmal itu dikatanya tanda ada Allah Taala itu wujud alam atau alam ini maka tiap-tiap ditanya daripada dalil satu-satu sifat dua puluh ini maka dijawabnya alam ini atau makhluk ini dalilnya (ada Allah itu) pada hal lemah ia daripada mentakrirkan dalil dan lemah daripada menghuraikan syubhah (dan kedua) wajib kifayah iaitu barang yang kuasa pada mentahkikkan (menyakinkan) masalah dan kuasa menetapkan (menghuraikan) dalil seperti katanya bermula alam ini baharu dan tiap-tiap yang baharu itu ada yang membaharukan (menciptakan) akan dia atau dikatanya alam ini mumkin dan tiap-tiap mumkin (patut ada atau tiada) itu ada baginya yang membuatkan akan dia (mumkin) maka mengetahui akan demikian itu fardhu kifayah wajib tiap-tiap satu tempat ada seorang yang boleh menetapkan dalil dan boleh menghuraikan bagi ahli bidaah yang mendatang ia akan dia supaya hendak menolakkan dalil kita maka wajib bahawa ada tiap-tiap musafah qasar orang yang mengetahui dengan demikian itu (ahli bidaah) dan dengan yang tanggal daripada ahkam yang syar’iyah dan pada tiap-tiap musafah adwa seorang kadhi kerana banyak berbantah-bantahan maka jika ada seperti demikian itu lepaslah daripada berdosa isi negeri itu dan jikalau tiada seorang yang mengetahui akan demikian (ilmu dalil tafsili) nescaya berdosa sekeliannya maka tatkala itu wajib lah sekelian ahli negeri itu belajar hingga dapat seorang yang dapat mengetahui akan yang tersebut itu serta bahawa menghuraikan syubhah yang didatangkan oleh orang yang mulhid (orang yang mendorong kepada dosa) berkata ia (mulhid) bahawasanya aradh bagi alam ini baharu tetapi tiada awalnya (semulajadi) dan seumpama yang demikian itu daripada perkataan orang yang sesat seperti syubhah yang didatangkan oleh mujassimah yang berkata oleh mereka itu Allah Taala itu berdiri dengan sendirinya dan tiap-tiap yang berdiri dengan sendirinya itu jisim maka jadilah Allah itu jisim maka adalah perkataan itu sesat maka adalah yang demikian itu berkehendak kepada ada orang yang menolakkan perkataan yang sesat itu dengan mendirikan dalil yang boleh mengalahkan akan dia dan seperti barang yang dihikayatkan bahawasa ada satu dahari datang ia (dari iraq) pada zaman hamad guru imam Abi Hanafiyah dan menuntut ia akan segala ulama’ hendak berhujah ia dengan katanya kata kamu Allah itu ada manakala ada betapa tiada tempatnya maka tiada ada suatu yang maujud melainkan ada tempatnya maka beberapa mereka itu yang sudah dialahkan oleh dahari maka bertanya ia (dahari) kepada manusia adakah lagi tinggal daripada ulama’ kamu seorang maka sahut orang yang banyak ada lagi iaitu hamad maka berkata dahari hai khalifah hadirkan olehmu akan dia pada aku supaya berhujah ia (hamad) sertaku maka menyeru khalifah akan hamad (hamad bin zaid) maka berkata hamad tangguh oleh mu akan daku malam ini tatkala berpagi-pagi datang abu hanifah (anak murid) dan adalah ia (hamad bin zaid) lagi kecil maka melihat ia akan gurunya bernama hamad itu di dalam duka cita yang sangat maka bertanya abu hanifah