Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Monday, March 29, 2010

Petua Melayu dari Kitab

Sedikit sumbangan petua....semoga beroleh manfaat & keberkatan dari Allah...Allahua'lam.

MENGUJI MANDUL ATAU MENGANDUNG

Dipetuakan bahawa bawang putih yang sudah sedia dikupas kulit itu mahulah dicucuk dengan jarum biar berlubang-lubang beberapa tempat kemudian berikan perempuan menaruhnya pada farajnya (kemaluannya) selama 1 malam kemudian buang keluar bawang putih tersebut lalu terus disetubuhkan dengannya pada waktu pagi jika sekiranya berbau mulutnya maka itulah tanda mandul, tetapi jika tiada berbau bawang putih dimulutnya alamatnya ia mengandung.

MEMBEZAKAN LELAKI ATAU PEREMPUAN

Perhatikanlah pada 2 buku lali perempuan yang mengandung kalau kelihatan licin putih bersih menandakan bahawa kandungannya anak lelaki, sekiranya kalau kelihatan kehijauan alamatnya anak perempuan, Wallahu alam bilghaib.

MENGUJI PUTRA ATAU PUTRI

Kalau hendak tahu anak di dalam perut itu putra atau putri cubalah orang yang mengandung itu perahkan susunya di dalam satu bekas kemudian masukkan seekor tuma ke dalamnya, sekiranya serangga tuma itu keluar daripada air susu itu alamatnya akan dapat anak perempuan, jika tiada keluar daripada air susu itu maka sahlah anak itu lelaki, menurut petua di dalam kitab Tazhatul Majalis.

MEMBESARKAN SYAHWAT

Menurut petua cara hendak membesarkan zakar (syahwatnya) yang kecil mahulah diurut-urutkannya dengan air panas yang suam-suam sebelum daripada jimak (bersetubuh) sehingga kelihatan merah kemudian dilumurkan dengan halia yang sudah dibuatkan jem, InsyaAllah tak lama besar dan tersangatlah lazat isterinya dalam masa belayar hingga khayal.

SYURGA DUNIA

Supaya si isteri merasai nikmat kelazatan hidup di dalam syurga dunia mahulah diambil air liur ditengah-tengah lidah, bacalah doa ini serta diurut-urut 3 kali sebelum bersetubuh, Lemak manis citarasa peninggalan tuk Adam si (nama) lazat kepadaku sampai mati kemudian ambil air tepi lidah sambil diurut-urutkan senjata sulit si isteri bacalah pula Lemak manis citarasa peninggalan tuk Adam si (nama) lazat kepada aku sampai mati. Sambil belayar tegakkan lidah ke atas langit-langit dan niatkan zakar aku tegak keras selama mana aku tegakkan lidah ini.

LAZAT JIMAK

Supaya isteri sentiasa merasa nikmat kesukaan dalam masa melayarkan bahtera mahulah di ambil halia padi, akar peria, cekur, sedikit kapur barus dan hempedu ayam hitam maka diasahkan kesemuanya kemudian sapukan pada zakar dan baru bawa setubuh, insyaAllah khayallah ia.

MENGELUARKAN MANI SEGERA

Kalau si perempuan lambat keluar air maninya carilah hempedu pelanduk, kulit kayu manis dan air madu setelah diasah kesemuanya maka baharulah disapu pada zakar kita dibawa terus berjimak (bersetubuh dengannya) InsyaAllah segeralah keluar maninya.

MENGUJI BIKIR (DARA)

Jika kita hendak menguji seorang perempuan itu masih ada daranya (bikir) lagi atau sudah bujang hendaklah diambil bawang putih yang telah dibuang kulitnya dan dicucuk-cucukkan jarum pada beberapa tempat kemudian diletakkan bawang itu kepada farajnya (kemaluan perempuan) kadar satu malam, jika didapati bawang putih tadi hilang baunya maka itulah alamat ianya masih dara (bikir) tetapi jika masih ada lagi baunya maka alamatnya menunjukkan ia bujang (sudah tiada dara).

HARUM FARAJ PEREMPUAN

Kalau faraj perempuan selalu berbau busuk maka hendaklah dicari jelatang ayam putih dan kapur barus kemudian digiling lumat-lumat dengan air madu baharulah disapukan pada zakar kita terus bersetubuh dengannya, InsyaAllah harumlah farajnya.

MENGEMBALIKAN BIKIR (DARA)

Setengah daripada petua untuk menyempitkan faraj (kemaluan) perempuan yang luas mahulah dicari lengkuas digiling lumat-lumat dengan cuka kemudian diminum pada tiap-tiap pagi selama 3 hari serta disapukan pada ari-ari dan punggungnya, InsyaAllah mujarab boleh mengembalikan bikirnya semula.

PETUA TEGUH GIGI

Buah manjakani, buah ru serta air mawar jika digiling lumat-lumat semuanya hiingga halus kemudian diramas pula dengan cuka yang masam apabila ditaruh kepada gigi yang reput atau yang selalu berdarah, bernanah atau dimakan ulat, InsyaAllah menjadi teguh dan kuat seperti asal. Apabila hendak bersugi mahulah diisyaratkan dengan perkataan ini (Tanggal lidahku Tanggallah gigiku) InsyaAllah Mujarab.

UBAT BUASIR

• Ambil isi buah gurah ditumbuk hingga lumat kemudian dicampur dengan telur ayam serta direndamkan di dalam minyak lepas itu bolehlah diamalkan kadar beberapa hari, InsyaAllah beransur kuranglah penyakit itu.

• Diambil daun labu, mata kunyit dan melukut beras maka digiling semuanya sehingga lumat kemudian sapulah pada ari-ari, InsyaAllah Mujarab.

UBAT KARANG

Diambil halia putih, halia merah, daun sirih masak, bara tempurung dan beras pulut kemudian digoreng tanpa minyak hingga rapuh dan hampir hangus, kemudian digiling semuanya biar lumat-lumat kemudian digaulkan dengan manisan lebah, cubalah ditelan pada tiap-tiap pagi mudah-mudahan beransur-ansur baik penyakit karangnya.

UBAT SAKIT RAHIM PEREMPUAN

• Mahulah diminum pada tiap-tiap hari - minyak sapi yang terbaik kualitinya di campurkan dengan madu lebah.

• Minyak sapi dan biji kapas hendaklah dicampur dan ditumbuk kemudian disapukan pada rahimnya (kemaluan) InsyaAllah Mujarab.

Petua di atas telah diterjemah oleh den dari kitab jawi lama....Allahua'lam.

Sumbangan petua2 yg lain dari Anda amatlah dialu-alukan

18 comments:

  1. UBAT KEMBUNG PERUT

    Ambil kulit buah delima dan direbus di dalam periuk hingga mendidih dan kering sepertiga airnya, apakala sudah sejuk cubalah isti’malkan (diamalkan) pada tiap-tiap pagi sebelum memakan apa-apa yang lain, di minum selama 3, 5 atau 7 hari, mudah-mudahan sembuh penyakit itu. InsyaAllah....Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete
  2. MENGHALAU KELAWAR

    Tempat yang banyak perkumpulan binatang kelawar maka ikhtiarnya hendak menghalaukannya hanya sekali iaitu diasapkan dengan belerang biar asap itu menghalakan kea rah perkumpulan binatang kelawar itu tadi.

    ReplyDelete
  3. Petua Hari & Memotong Kuku Tangan

    Menurut keterangan daripada hadis bahawa memotong kuku hendaklah mempunyai peraturan ada hari yang berbahagia atau celakanya. Al-Syeikh Imam Ghazali memberi petua mahulah dipotong dimulai daripada jari telunjuk yang kanan kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking selepas itu dimulakan pula daripada jari kelingking tangan kiri hingga seterusnya hingga disudahi ibu jari tangan kanan tadi kemudian segala kuku itu mahulah ditanam menurut petuanya, ( Hari sabtu) keluar ubat masuk penyakit, (Hari Ahad) keluar kekayaan masuk kepapaan, (Hari Isnin) keluar penyakit gila masuk kesihatan, (Hari Selasa) keluar rahmat masuk penyakit, (Hari Rabu) keluar was-was masuk kepapaan, (Hari Khamis) keluar gila masuk penawar dan ubat, (Hari Jumaat) keluar segala dosa masuk segala rahmat dan nikmat daripada Allah Subhanahuwataala. Wallahua’lam Bissawab.

    ReplyDelete
  4. UBAT BATUK

    Jika batuk atau lelah mahulah diambil pucuk Ribu-Ribu 3 genggam, bawang putih selabu, lada hitam 17 biji, sedikit garam kemudian dibalut semuanya dengan daun pisang serta diganggang pada bara api sehingga masak selepas itu dimakan hingga habis.

    ReplyDelete
  5. PETUA SUPAYA MENGANDUNG

    Menurut satu petua di dalam Kitab Hayatul Hiwani bahawa susu kuda itu jika di beri minum kepada perempuan dengan tiada ia mengetahui bahawa yang di minum itu ialah susu kuda kemudian mahulah segera disetubuh dengannya InsyaAllah mengandung ia.

    ReplyDelete
  6. SEJUKKAN HATI PEMARAH

    Seorang yang terlalu kuat pemarah atau terlalu kuat cemburu manakala bertemu dengannya mahulah di baca Al-Fatihah dan Alam Nasyrah hingga akhir 70 kali pada air kemudian dipercikkan ke tubuh badannya atau di beri minum padanya, InsyaAllah sejuklah hatinya.

    ReplyDelete
  7. WAJAH BERSERI-SERI & AWET MUDA

    Amalkan dan baca doa ini "Wa nuuruyuusufa alaa wajhii famarraanii yuhibbunii" (Ayat dlm isim khafi) tiap kali lepas ambil air sembahyang tujuh kali, kemudian hembus perlahan-lahan ke tapak tangan dan sapu ke muka mula dari dagu hingga ke hidung, sedut nafas melalui hidung perlahan-lahan dan sudahi sapu naik ke dahi dan kepala. InsyaAllah Mujarab, sudah terbukti.

    ReplyDelete
  8. MENJAUHKAN PENYAKIT AYAM

    Supaya ayam terhindar penyakit hawar, hendaklah ingat sewaktu hendak membina reban ayam itu satu atau dua kayu pengusung jenazah untuk dipakukan bersama-sama kayu yang lain, seelok-eloknya di bela seekor kera, InsyaAllah sukar sekali ayam-ayam di dalamnya mendapat penyakit hawar, sudah diuji mujarab dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  9. UBAT SAKIT KEPALA

    Baca dan amalkan 7 kali setiap kali lepas solat fardu, hembus pada tapak tangan dan sapu kepala dan isyaratkan buang sakit tersebut, inilah ayat tersebut: Surah Al-Waqiah: Ayat 19

    UBAT SENGAT SEMBILANG

    Diambil kepala gores api (mancis) kadar 10 batang, tukul lumat-lumat maka cuba ditaruhkan ke atas tempat yang kena durinya tadi, kemudian dicucuh biarlah ia menyala dengan sekaligus, InsyAllah hilang bisanya, sudah pernah dicuba mujarab.

    UBAT BISUL/BARAH

    Supaya segera pecah barah itu, cubalah diambil daun nangka buna, pucuk labu air dan pucuk labu manis, atau salah satu darinya, ditaruh sedikit tahi tembakau, kemudian ditumbuk hingga lumat betul-betul. Maka tampallah dikeliling yang bengkak itu, biar kelihatan lubang pada matanya. Boleh juga guna bawang merah jantan, belah dua bawang dan sapu ke tempat bengkak yang bermata. Mudah-mudahan menjadi manfaat InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. MENCEGAH ANAI-ANAI

    kalu rumah kayu, boleh dicuba sapu minyak selinder yang dah diguna pakai pada setiap tiang2 dan bahagian papan yang terjejas dek anai2 tu.....kalu disapu sbelum anai2 tu menjajah tiang2 tu lagi baik ibarat kata "sediakan payung sebelum ujan turun"....

    kalu rumah batu....kena tebuk lubang sebesar paip air pvc 1/2 inci dalam 6 inci pada setiap penjuru tiang umah (luar rumah) pastu kena masukkan paip pvc 1/2 inci yang sudah ditebuk-tebuk dengan gril.....bila dah masukkan paip pvc tu....masukkan racun anai2 hingga penuh paip pvc tu.....kemudian tutup dengan penutup paip pvc tu....kena lah check setiap 2 bulan samaada racun tu ada lagi ker tak......kalu dah kering tambah la lagi racun tu....kaedah ni kalu upah orang memang mahal bayarannya, silap haribulan tile dalam rumah pun diaorg gril buat lubang....so kalu rajin, buat lah sendiri slow2, belanja pun jimat.....

    Selamat mencuba!.....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. "tawakal" dalam bahasa arab....."berserah diri" dalam bahasa melayu......

    contoh: "bismillahi amantu billahi tawakkaltu alallahi wala haulawalaa quwata illa billahil aliyilazim".......

    ayat ini sering di baca oleh Hj Daud Bukit Abal apabila ingin memulakan sesuatu perjalanan......sering menyerahkan diri kepada Allah kerana.....

    tiada daya melainkan Allah.......dan tiada Tuhan melainkan Allah.....

    Allahua'lam.......

    ReplyDelete
  13. air wudhu' memang dapat menaikkan seri wajah pada seseorang pengamalnya.....jangan dilap air wudhu' yang basah tu, ia antara petua yang dapat menjernihkan air muka untuk awet muda......saya teringat satu kisah, seorang lelaki yang berdoa....apabila selesai berdoa, dia tidak menyapu tangannya ke muka tetapi terus menyapu tangannya ke dinding....akhirnya pada suatu hari dalam tempoh yang agak lama......si pemuda melihat di dinding itu seakan bercahaya-cahaya......kelihatan memancarkan akan sesuatu seri....akhirnya fahamlah si pemuda tersebut bahawa, selain air wudhu'.....doa juga ada serinya.....sekian, Allahua'lam....

    ReplyDelete
  14. If you drink soda then strive ExoSlim and reduce your intake to one or 2 liquids a day. All junk meals like sweet and cookies need to be reduce out absolutely. For more ==== >>>>>> http://boostupmuscles.com/exoslim/

    ReplyDelete
  15. For other men it's far all T Volve pproximately making their lifestyles a little simpler. that is mainly genuine for men who have a hard work intensive activity.For more ==== >>>>>> http://guidemesupplements.com/t-volve/

    ReplyDelete
  16. Preferably, you must be Xtreme Fit 360
    ingesting a protein shake, together with some sort of fit for human consumption item excessive in sugar. all through the work out.For more ==== >>>>>> http://www.strongtesterone.com/xtreme-fit-360/

    ReplyDelete
  17. With little or no weight on Max Gain Xplode the begin, shape can be mounted after which weight may be extended till the exercise is completed with the right weight, repetitions and.For more ==== >>>>>> http://boostupmuscles.com/max-gain-xplode/

    ReplyDelete
  18. A number of the workout which Ultimate Testo Explosion you supply, so you have to try and avoid the belt.those with allergies can effectively exercise ordinary in the event that they live hydrated. For more ==== >>>>>> http://www.strongtesterone.com/ultimate-testo-explosion/

    ReplyDelete