Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Saturday, April 3, 2010

Kitab Kasyful Asrar

Syeikh Muhammad Soleh Bin Abdullah Mangkabui

Bermula puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang membukakan yang ghaib-ghaib bagi sekelian fakir kepada jalan yang betul (Amma ba’du) Telah meminta setengah saudaraku menghimpunkan akan beberapa masalah maka aku perkenankan akan dia bagi demikian itu dan jika ada aku tiada ahli bagi barang yang disalin itu sekalipun hal keadaan minta tolong dengan Tuhan yang amat kuasa yang memiliki memberi nkmat atas segala hambanya kerana harap aku dapat manfaatnya pada kemudian hari mahsyar maka aku carilah di dalam beberapa kitab arab dan bahasa jawi dengan sekira-kira dapatnya sebab aku orang jahil bebal kerana kurang ilmu aku buat masalah ini soal jawab supaya mudah fahamnya kepada orang yang kurang akalnya, aku mula masalah ini diambil daripada hadis Nabi Muhammad saw: Ertinya Bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim laki-laki dan muslim perempuan.

Soalan: Dan mana ilmu fardhu ain menuntut dia beri kami jawabnya.

Jawapan: Bermula ilmu yang fardhu ain menuntut dia itu iaitu tiga ilmu, yang pertama ilmu usulluddin dan kedua ilmu fekah dan yang ketiga ilmu tasauf.

Soalan: Dan mana had ilmu usulluddin yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu fekah yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu had ilmu tasauf yang fardhu ia menuntut dia.

Jawapan: Adapun had ilmu usulluddin itu yang fardhu menuntut dia itu iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada Tuhan kita dan seperti demikian itulah kepada segala Rasul sekira-kira yang mengsahkan alan imannya. Adapun had ilmu fekah yang fardhu ain menuntut dia iaitu dengan sekira-kira yang mengsahkan akan amalannya seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkannya. Adapun had ilmu tasauf fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadahnya seperti riya’, sum’ah, ujub, takbur dan sebagainya yang dicela oleh syarak.

1 comment:

  1. bagi pendapat saya, kitab yang dikarang oleh Mohamad Saleh bin Abdul Mangkabui itu mungkin sebagai wasiat beliau ke atas keilmuan kerohaniannya sendiri......tidak dinafikan bahasanya agak pusing-pusing, mungkin terikut-ikut dengan pengajian bahasa arab yang banyak didobitkan dengan nahu dan sarafnya sewaktu pengajian beliau ke atas maksud kitab itu.....gaya klasik bahasa kitab kasyful asrar agak terang maksudnya kalau nak dibandingkan dengan kitab-kitab jawi yang lain yang mungkin lebih susah untuk difahami......dalam terjemahan bahasa karangan dalam kitab-kitab mereka, kekadang ada terikut-ikut loghat bahasa ibunda mereka seperti fatani, jawa, kelantan dan arab......sekiranya kita tidak memahami sesuatu maksud di dalam kitab mana-mana pun sebaiknya kita bertanya kepada guru yang mungkin mengikut aliran pengajian kitab seperti itu, kecuali terang-terangan kitab tersebut lari dari garis panduan ilmu usuluddin dan secara mengelirukan mengandungi percanggahan yang menjurus kepada kesyirikan kepada Allah itu khasnya.....setelah saya membaca kitab kasyful asrar itu juga, sememangnya tidak dinyatakan akan salasilah susur galur isi kitab tersebut tetapi setiap persoalan dan perjawaban kitab tersebut kebanyakannya membina minda dan keimanan untuk memahami tentang ilmu Ketuhanan itu sendiri.....dalam keadaan sekarang di mana JAKIM mengisytiharkan kitab tersebut itu telah mengelirukan dan terjadinya percanggahan menurut mereka itu.....tidak dapat tidak agak prejudis jika nak di bandingkan dengan kitab atau buku lain yang mungkin juga lebih mengandungi fitnah dan kekeliruan dalam masalah ilmu Tauhid itu sendiri......seperti contoh, terdapat dalam buku kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran yang di terjemah dari bahasa arab telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa "agama itu banyak"......agam hindu, agama cina, agama kristian dan agama Islam.....sedangkan hakikatnya agama yang sebenar ialah hanya agama Islam....selain dari itu hanya sebagai fahaman.....cuba renung ke hadapan, apa akan jadi pada generasi akan datang yang dangkal dan cetek mengenai agama pasti tidak sedar akan kekeliruan yang berlaku ini.......sebaiknya kita berusaha lagi belajar melalui kitab-kitab untuk diri sendiri dan untuk keluarga tersayang.....sekian, Allahua'lam.....

    ReplyDelete