tag:blogger.com,1999:blog-7399848686194273280.post3204335301330180612..comments2023-11-05T20:46:35.155+08:00Comments on Art Of Health: Kitab Kasyful Asrarabgcomeihttp://www.blogger.com/profile/15076712678520992181noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7399848686194273280.post-70809691020750443582012-03-25T19:43:06.307+08:002012-03-25T19:43:06.307+08:00bagi pendapat saya, kitab yang dikarang oleh Moham...bagi pendapat saya, kitab yang dikarang oleh Mohamad Saleh bin Abdul Mangkabui itu mungkin sebagai wasiat beliau ke atas keilmuan kerohaniannya sendiri......tidak dinafikan bahasanya agak pusing-pusing, mungkin terikut-ikut dengan pengajian bahasa arab yang banyak didobitkan dengan nahu dan sarafnya sewaktu pengajian beliau ke atas maksud kitab itu.....gaya klasik bahasa kitab kasyful asrar agak terang maksudnya kalau nak dibandingkan dengan kitab-kitab jawi yang lain yang mungkin lebih susah untuk difahami......dalam terjemahan bahasa karangan dalam kitab-kitab mereka, kekadang ada terikut-ikut loghat bahasa ibunda mereka seperti fatani, jawa, kelantan dan arab......sekiranya kita tidak memahami sesuatu maksud di dalam kitab mana-mana pun sebaiknya kita bertanya kepada guru yang mungkin mengikut aliran pengajian kitab seperti itu, kecuali terang-terangan kitab tersebut lari dari garis panduan ilmu usuluddin dan secara mengelirukan mengandungi percanggahan yang menjurus kepada kesyirikan kepada Allah itu khasnya.....setelah saya membaca kitab kasyful asrar itu juga, sememangnya tidak dinyatakan akan salasilah susur galur isi kitab tersebut tetapi setiap persoalan dan perjawaban kitab tersebut kebanyakannya membina minda dan keimanan untuk memahami tentang ilmu Ketuhanan itu sendiri.....dalam keadaan sekarang di mana JAKIM mengisytiharkan kitab tersebut itu telah mengelirukan dan terjadinya percanggahan menurut mereka itu.....tidak dapat tidak agak prejudis jika nak di bandingkan dengan kitab atau buku lain yang mungkin juga lebih mengandungi fitnah dan kekeliruan dalam masalah ilmu Tauhid itu sendiri......seperti contoh, terdapat dalam buku kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran yang di terjemah dari bahasa arab telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa "agama itu banyak"......agam hindu, agama cina, agama kristian dan agama Islam.....sedangkan hakikatnya agama yang sebenar ialah hanya agama Islam....selain dari itu hanya sebagai fahaman.....cuba renung ke hadapan, apa akan jadi pada generasi akan datang yang dangkal dan cetek mengenai agama pasti tidak sedar akan kekeliruan yang berlaku ini.......sebaiknya kita berusaha lagi belajar melalui kitab-kitab untuk diri sendiri dan untuk keluarga tersayang.....sekian, Allahua'lam.....abgcomeihttps://www.blogger.com/profile/15076712678520992181noreply@blogger.com