Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Wednesday, March 31, 2010

Urutan Cara Mudah

Di sini saya sertakan sedikit tatacara kaedah mengurut yang biasa di dapati dari tukang-tukang urut tradisional yang lain....sekiranya ada kekurangan dan kesalahan, silakan beri pendapat yang membina....Sekian, Terima kasih.

Saya mulakan dengan "Bismillahirahmanirahim....Laahaulawalaaquuwataillabillah"....


BAHAGIAN (1) - Reflexology kaki kanan & kiri dengan posisi berbaring.

1. Bermula kaki kanan, urut setiap jari kaki satu persatu bermula ibu jari kaki dan terakhir disudahi jari kecil. Berikan urut tusukan ke setiap bahagian tepi kanan dan kiri jari kaki, dan bahagian atas dan bawah jari tersebut. Ulang urutan dalam kiraan 7 kali urut hingga kelihatan merah akan hujung setiap hujung jari kaki itu, pastikan tahap ketegangan urat jari-jari tersebut berada dalam keadaan agak ringan dan longgar setiap sendi-sendi jari.

2. Urut bahagian kanan dan kiri tumit, bermula dari tumit bawa arah urutan ke bahagian hujung jari kaki. Ulang urutan 7x dengan menggunakan muka ibu jari tangan juruurut agar mendapatkan satu sensasi reflex yang baik untuk seluruh jari-jari kaki berkenaan. Dari tumit, arahkan pula urutan ke bahagian 2 urat bayang yang terdapat di labu betis menuju ke arah pelipat kaki. Buat urutan ulangan beberapa kali hingga labu betis menjadi agak kendur dan berada keadaan rehat.

3. Seterusnya, lakukan urutan melintang ke atas urat-urat yang terdapat di bahagian atas telapak kaki hingga terasa getaran-getaran urat pada setiap hujung jari-jari kaki. Ketika ini, urutan juruurut boleh juga diselang-selikan menggunakan ibu jari tangan atau telapak tangan.

4. Angkat kaki pesakit sedikit, ampu dengan batang paha juruurut dan longlaikan akan pergelangan buku lali....ketika ini buat urutan dari bahagian keting kaki turun ke arah buku lali kaki. Pastikan urutan berakhir dibahagian kiri dan kanan buku lali. Dibahagian keting, urutan hanya buat dibahagian tepi tulang keting mengarah ke bahagian bawah iaitu bahagian labu betis. Tolak urutan dari atas ke tepi, dari tepi ke bawah....urutan akan bertingkat-tingkat hingga berakhir di pergelangan kaki. Ketika di pergelangan kaki, terdapat satu lubang pergelangan kaki yang perlu di reflex menggunakan tusukan ibu jari. Ketika ini, cuba longlaikan lagi akan bahagian buku lali ke bawah hingga ke hujung jari-jari kaki.

5. Pada bahagian lutut, terdapat urat besar yang berhubungan dengan urat pangkal paha di bawah kelangkang paha. Urut di bahagian kiri dan kanan lutut sebelum mula naik ke bahagian dalam paha ke arah atas pangkal paha. Di bahagian ini terdapat satu urat besar yang agak menonjol mengikut keadaan ketegangan dan keaktifan paha tersebut. Untuk menyalurkan kelancaran urat paha dan urat bahagian kaki ke bawah, tepuk beberapa kali dari paha hingga ke bahagian atas keting kaki.

6. Pada bahagian paha, banyak tenaga akan digunakan untuk urutan ketika melemahkan dua urat dari bawah pelipat kaki hingga ke bahagian pangkal punggung. Urat ini agak besar dan tegar, gunakan telapak tangan atau genggaman untuk menolak urutan. Ulang beberapa kali hingga otot-otot bawah paha menjadi longgar dan lembut. Sekiranya otot agak susah dijinakkan, bacakan selawat dan surah Al-Ikhlas 3 kali kemudian tiup ke arah paha dengan niat minta Allah melembutkan akan urat-urat yang tegar itu. Dibahagian sisi paha juga terdapat satu urat yang berkait rapat dengan ketahanan kegelian yang berkait rapat semasa melakukan aktiviti persetubuhan. Urat ini perlu juga diberi perhatian kerana kaitan rapatnya dengan urat pinggang dan bahagian belakang pinggang.

7. Bahagian paling penting pada pangkal paha adalah bahagian bawah telur kemaluan, biasanya ada urat yang bengkak tanpa disedari langsung oleh pesakit. Buat urutan bermula dari bahagian dalam paha ke arah pangkal ini, ulang beberapa kali urutan hinggan keadaan bengkak tadi berkurangan akan butir-butir angin yang terkumpul atau bersarang.

8. Pada bahagian telapak kaki, terdapat satu bahagian yang berfungsi menyeimbangkan akan berat tubuh badan. Bahagian ini terdapat 5 tempat/point di setiap jari-jari kaki di bawah telapak kaki. lakukan sentuhan urutan reflex dengan menusuk-nusuk ke bahagian dalaman sendi telapak kaki yang berhubungan dengan setiap jari kaki itu. Buat satu tusukan ibu jari tangan pada telapak tumit untuk menghasilkan rangsangan reflex ke arah point pinggang dan urat belakang.

9. Pastikan minyak urutan sentiasa mencukupi pada permukaan anggota badan yang diurut kerana untuk mengelakkan kesan tekanan dan geseran pada tangan juruurut.

10. Akhir sekali, buat tusukan reflexology kepada setiap bahagian telapak kaki dan cuba lihat tindakbalas anggota pesakit atau melalui riak muka pesakit untuk menentukan kadar ketahanan reflex urat adalah sensitif atau masih mempunyai ketahanan lagi. Jika tindakbalas urat pada telapak kaki agak sensitif, maka boleh dibuat penilaian akan kadar kesakitan anggota tubuh lain yang berkaitan.

11. Setelah selesai urutan bagi pihak kaki kanan, ulang langkah di atas dari langkah 1 hingga langkah 10 kepada kaki kiri pula.

5 comments:

  1. salam bro...
    yang ke-6, tu. urat sisi peha tu lah dia yg sakit tu..bukan dua urat tegar dari pelipat kaki..rasa macam tk selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. urat sisi peha perlu diberi perhatian, samada lelaki atau perempuan. Bg wanita yg baru bersalin, mengurut bahagian ini akan mengurangkan masalah kurang intim selepas bersalin. Problem is, ramai wanita sanggup diurut pd bahagian ini kerana kesakitan semasa membuat tarikan otot sisi paha boleh ketahap maksima.

      Delete
    2. sorry, *ramai wanita tidak sanggup ....

      Delete
  2. Salam, kalo buat reflexology kt tapak kaki, bleh ke pulihkn bahagian urat sisi paha yg sakit tu, tanpa mengurut di bahagian paha terbabit?

    ReplyDelete