Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Wednesday, March 31, 2010

Cara makan dan minum

Kalau anda ingin mengekalkan daya tahan badan dan sekaligus tahan daya seks anda, maka hendaklah anda amalkan petua di bawah ini:

1. Biasakanlah meminum segelas air kosong suam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
2. Jangan sekali-kali meminum air ketika sedang makan.
3. Selepas makan, jangan terus meminum air. Biarkan masa berlalu selama 5 minit atau lebih maka barulah boleh meminum air.
4. Jangan meminum air secara gogok (gelojoh), tetapi sebaiknya secara hisap.
5. Jangan sekali-kali meminum air selepas bersetubuh.

Dengan mengamalkan petua-petua di atas, InsyaAllah anda akan awet muda dan tahan tubuh serta tidak akan diserang sakit pinggang.

Allahua'lam.

1 comment:

  1. Amalan orang dulu-dulu basuh tangan dalam pinggan dan minum air dalam itu di dakwa petua untuk murah rezeki, ini apa yang saya pernah dengar dari individu perseorangan. Nas atau dalil dari Al-Quran dan Hadis untuk menyokong akan petua ini tidak dapat diketengahkan oleh saya sebab belum pernah jumpa lagi atau mungkin sememangnya tiada. Cuma apa yang saya jumpa di dalam keterangan dari kitab Al-Barakah Fii Fadl Lis-Sayi Wal-harokah karangan oleh Abu Abdillah Muhammad Bin Abdurrahman Al-Habsyi, perbuatan membasuh tangan pada bekas tempat makan adalah antara beberapa penyebab kesusahan dan kemelaratan. Adapun ini hanya pendapat pengarang kitab tersebut dan tiada kena mengena dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang mulia. Terpulanglah pada budi bicara dan pertimbangan tuan/puan/cik untuk menilai keadaan ini. Yang baik dari Allah dan yang lemah itu datang dari kelemahan saya sendiri. Allahua'lam.

    ReplyDelete