Sekapur Sireh

Di dalam kita beroleh keindahan dan ketenangan, terselit khazanah seni yang dianugerahkan oleh Allah kepada diri kita.....baik dari segi zahiriah mahu pun batiniah.....itu lah kesihatan.




Friday, April 2, 2010

Isra' dan Mikraj dari AsSunnah

“Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram sampai ke masjid Aqsha yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia Mendengar lagi Melihat.“ (Al-Isra’ : Ayat 1)

Diriwayatkan oleh Imam Muslim: Berkata Al-Baihaqi: Bahawasanya Mi’raj (naiknya ke langit) berlaku pada malam Baginda diisra’kan (diberangkatkan pada waktu malam) dari Makkah ke Baitul Maqdis.

Ibnu Katsir menambah lagi: Bahawasanya apa yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar yang tidak boleh disyak atau diragukan lagi.

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru, dan tiadalah yang diucapkannya (Al-Quran) kemahuan hawa nafsunya, ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli, sedang dia berada di ufuk yang tinggi, kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. Maka apakah kamu (musyrikin Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang dilihatnya? Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (yaitu) di Sidratul Muntaha, di dekatnya ada syurga tempat tinggal (Jannatul Ma’wa), (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh tanda sesuatu yang meliputi, penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya, sesungguhnya dia melihat sebahagian -tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.“ (Surah An-Najm : Ayat 1-18)

“Dan bahawasanya kepada Tuhanmu lah kesudahan (segala sesuatu).“ (Surah An-Najm : Ayat 42)

Imam Bukhari telah mengeluarkan sebuah Hadis dari riwayat Ikrimah daripada Ibnu Abbas R.A. mengenai firman Allah taala yang berikut:

“Dan tiadalah mimpi yang Kami memperlihatkan engkau itu, melainkan menjadi ujian bagi manusia.“ (Al-Isra’ : Ayat 60)

Berkata Ibnu Abbas: Iaitu peristiwa yang diperlihatkan kepada Rasulullah S.A.W dengan mata kepala pada malam ia diisra’kan.

At-Tabarani telah mengeluarkan di dalam Kitab Al-Awsath dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abbas; iaitu beliau telah berkata: Sesungguhnya Muhammad S.A.W telah melihat Tuhannya dua kali. Sekali dengan pandangan mata dan sekali lagi dengan pandangan hati.

Seterusnya At-Tabarani telah mengeluarkan juga daripada Ibnu Abbas, katanya: Muhammad telah melihat Tuhannya. Maka disampuk oleh Ikrimah, bertanya untuk mempastikan: Apakah Muhammad telah melihat Tuhannya dengan mata kepala? Jawabnya: Benar. Tuhan telah memberikan keistimewaan kepada Musa untuk berkata-kata denganNya, memberi keistimewaan kepada Ibrahim menjadi khalilullah (Orang kepercayaan Allah), dan memberi keistimewaan kepada Muhammad untuk melihatNya.

Al-Baihaqi telah mengeluarkan di dalam Kitab Ar-Ru’ya dengan lafaz: Sesungguhnya Allah Taala telah mengutamakan Ibrahim menjadi Khalilullah, mengutamakan Musa dengan berkata-kata kepadaNya, dan Muhammad S.A.W. diberi keutamaan untuk melihatNya.

Imam Ahmad telah mengeluarkan dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abbas, katanya: Telah berkata Rasulullah S.A.W. : Aku telah melihat Tuhanku Azza Wajalla.

Al-Bazzar telah mengeluarkan sebuah Hadis menerusi riwayat Qatadah daripada Anas R.A., berkata: Bahawasanya Muhammad S.A.W. telah melihat Tuhannya Azza wajalla dengan mata kepala.

Dan daripada Ibnu Mardawaih telah mengeluarkan melalui Qatadah daripada Anas R.A. : Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. telah difardhukan solat pada malam Baginda diisra’kan.

Demikianlah, ringkasan riwayat mengenai Isra’ dan Mikraj yang diberitakan oleh As-Sunnah (Al-Hadis) yang menguatkan Al-Quran tentang peristiwa yang mulia itu.

4 comments:

  1. Dalam cerita tu para Sahabat mengimani yang Muhammad Rasulullah itu telah isra' mikraj dan menemui Allah dengan jarak sedekat anak panah dengan busur malah lebih dekat dari tu.....ketika itu terlihat lah oleh Rasulullah akan sifat Kebesaran & sifat Kekayaan Allah itu yang meliputi seluruh Sidratul Muntaha.....melihatnya Rasulullah akan Allah itu nyata zahir dan batin pada pandangan mata kepala dan pandangan mata hati.....itu lah mukjizat Rasulullah yang paling besar sebagai kekasihNya.....dalil tak terjangkau mata penglihatan itu ditafsir sebagai TIDAK dapat difikirkan dan dibayangkan serupa dengan sesuatu barang sekalipun dengan akal fikiran seluruh makhluk.....ayat mudah pada pegangan akidahnya ialah Laisa kamislihi syai' (TIDAk serupa dengan sesuatu barang yang baharu).....TIDAK itu ambil jalan atas sifat SALBIAH dalam pegangan sifat 20 itu.....dan dipandang akan Allah itu berdiri dengan sendirinya dengan jalan sifat NAFSIAH itu....mengenai Sidratul Muntaha......Sidratul Muntaha adalah sepohon pokok yang daunnya besar seperti telinga gajah (seperti daun teratai atas air).....berjuntai-juntai daun itu hingga melimpahi Sidratul Muntaha itu.....Allah TIDAK duduk, berdiri atau bersemayam atas Sidratul Muntaha itu melainkan ia sebagai satu makhluk yang diciptakan oleh Allah.....dan Jibrail mengiringi Muhammad Rasulullah hingga ke situ sahaja.....Sidratul Muntaha itu bukan perkara ghaib, ianya hanya sepohon pokok di atas langit ke tujuh yang tidak dapat memandang dan dicapai dengan pengetahuan oleh makhluk lain dan manusia itu melainkan kekasih Allah iaitu Muhammad Rasulullah......Allah telah membuka hijab Muhammad Rasulullah dan kita TIDAK dapat memikirkan akan keadaannya itu......itulah mukjizat nabi kita Muhammad Rasulullah yang menjadi kekasih Allah hingga dipertemukan ke HadratNya......kita sebagai manusia mutaakhirin dan sebagai umat dalam sunnah Al-Quran dan Al-Hadis adalah sangat bertuah sekiranya kita mengimani dan bersyukur akan RahmatNya ini.....dan betapa kufur celakalah bagi makhluk yang mengatakan Muhammad itu sebagai Tuhan.....dan tidak menjadikan Al-Quran itu sebagai panduan.....Al-hadis sebagai pedoman......habis....

    ReplyDelete
  2. jisim & jirim itu barang dijadikan pada faham akal fikiran kita......makanya kalau nak digunakan istilah jirim & jisim itu pada sifat zat Allah itu tidak lah layak......contohnya: cahaya....adakah cahaya itu berjisim & berjirim.....makanya ya pada dalil cahaya itu diciptakan....tapi Laisa pada sifat & zat Allah itu.....sifat & zat Allah itu TIDAK lah berjisim & berjirim pada akal fikiran.....tapi nyata pada diri sifat zat Allah itu.....nyata bukan dengan maksud berjirim & berjisim.....TIDAK SEUMPAMA jalan bagi faham dalam bahasa......syurga neraka itu berjirim & berjisim......sekelian makhluk juga berjirim dan berjisim.......cahaya Allah yang meliputi di Sidratul Muntaha adalah atas jalan asma' & af'alNya.....petunjuk terkandung akan sifat Kebesaran & sifat KekayaanNya.....dalil bagi cahaya asma' & af'al Allah itu pula adanya akan sekelian makhluk ini......Al-Quran itu juga ditafsir sebagai cahaya.....cahaya yang menunjuk kepada panduan & pedoman bagi sekalian jin & manusia.....cahaya itu juga dikenal oleh akal & fikiran sebagai taufik, hidayah, Inayah & Nidayah.....habis....Maha Suci Allah dari yang seumpamaNya

    ReplyDelete
  3. apakah ada ukuran Allah itu?.....semestinya Allah TIDAK ada ukuran pada jirim & jisim, tetapi pada musyahadah dengan tanzih dan tasybih itu.....Allah itu ukurannya ialah meliputi.....tiada sampai akan penglihatan dan tiada sampai akan akal fikiran makhluk tanpa KehendakNya akan Allah itu yang ADA sejak Sediakala lagi......ADA yang bagaimana?......ADA dengan sifat & zat ALLAH yang Laisa Kamislihi Syai' lah.......dan bagaimana yang dikatakan meletakkan Allah itu?......meletakkan Allah itu ialah bertarikat atas jalan syariat & hakikat kepada KeESAan Allah dengan pandangan mata hati......pandangan mata hati atas YAKIN pada sifat Kebesaran & sifat Kekayaan Allah itu mengikut jalan istiqna' (sifat Kekayaan Allah itu) dan jalan iftiqar (sifat berhajat makhluk kepada Allah itu).....menjalani pandangan mata hati ini bukan dalam waktu yang singkat, ada juga menjalani jalan tarikat, ada yang menjalani jalan zikir dan macam-macam lagi asalkan masih berlandaskan syariat dan tidak tergelincir dari hakikat......asasnya ialah simpulan iman yang 50.....kalau simpulan iman tidak betul-betul.....sebelum tergelincir sudah terlucut......habis...

    ReplyDelete
  4. Adakah kita mengimani akan Rasulullah itu israj dan mikraj hingga sidratul muntaha bertemu dengan Allah itu atau sebaliknya adalah mengikut ukuran ilmu dan yakin kita sendiri sebagai umat kepada Baginda......penyaksian Rasulullah itu adalah atas Rasulullah sahaja, kita WAJIB percaya dan taat atas penyaksian Rasulullah itu......dan kita sebagai umatnya tidak dituntut untuk mendapatkan penyaksian seperti Baginda Rasulullah itu.....sekiranya ada sesegolongan manusia mutaakhirin yang mendakwa melakukan penyaksian seperti Rasulullah itu, makanya itu adalah satu pembohongan yang nyata.....mustahil pada Rasulullah dan di sisi manusia untuk menyifatkan akan Allah itu atas jalan kalam kerana tidak dapat diseumpamakan akan Allah itu di atas dunia ini atas dalil Laisa Kamislihi syai' itu.....tidak terjangkau akan mata penglihatan dan tidak tergambar dengan akal fikiran kita akan sifat dan zat Allah itu.....

    ReplyDelete